ell.
Thursday, 30 April 2015
Pengalaman diserang denggi
So as the title above, ell nak share pasal pengalaman ell kena denggi. Ell diserang denggi masa ell darjah 5. Mulanya ell demam biasa je dalam 2 hari then baik. Selang beberapa hari ell demam balik and this time agak teruk. Masa tu ell tengah exam akhir tahun. Masa demam tu selera makan memang tak ada langsung. Apa yang ell buat sepanjang hari ialah TIDUR, badan memang menggigil sentiasa sampai selimut bukan pakai comforter lagi tapi pakai tilam yang tebal dalam 5-6 inci. Masa yang paling ell tak suka ialah masa mandi. Nak pijak lantai bilik air pun rasa macam pijak ais. Bila air kena je kulit dia punya sejuk sampai rasa pedih. Nak berdiri tegak pun susah so ell mandi duduk. Memang seksa lah sepanjang demam tapi masa tu belum tahu lagi yang ell kena denggi sebab rashes tak ada. Tak ada merah2 langsung kat badan. Dalam 3 hari lepas tu ell agak kebah sikit and know what, ell pergi mandi manda kat wetworld batu pahat lagi. Balik je dari batu pahat ell terus menggigil balik. Sampai rumah ibu lumur badan ell dengan air batu. Masa tu rasa nak jerit je tapi takut jadi anak derhaka, so relakan je la. Malam tu ell rasa tapak tangan and tapak kaki gatal dan bisa sangat. Korang bayangkan la kalau gatal kat tapak tangan and tapak kaki. Nak garu geli. So malam2 buta ell panaskan air, tuang dalam basin, rendam tangan dgn kaki. Dalam setengah jam jugak ell berendam baru dapat tidur. Beberapa hari lepas tu ell dah kebah demam tiba2 badan ell penuh bintik2 merah. Malam tu jugak ayah bawak pegi hospital, amik darah, terus masuk wad. Disebabkan ramai sangat patient, wad sangat2 sesak. Ell ditempatkan kat katil betul2 kat laluan koridor. So ibu tak boleh jaga sebab situ laluan orang lalu lalang. pukul 12 lebih ibu ayah balik. Tinggal la ell sorang2. Sepanjang malam kat wad memang sentiasa nurse datang nak amik darah. Esoknya kena amik darah lagi, lepas tu pergi xray paru2. dalam pukul 12 doktor datang check and dia kata ell memang kena denggi tapi dah sihat. Cuma rashes tu keluar lambat, dah baik baru nak keluar. Then ell boleh keluar. So itulah pengalaman ell diserang denggi.
Friday, 24 April 2015
Pengalaman pertama kali dijahit
Hello semua. Hari ni ell nak share dengan korang pengalaman ell 1st time kena jahit. Its happened when i was 5. Masa tu tahun 2002 tak silap and memang tgh trend skuter yang tolak pakai kaki tu. So masa tu along (my 1st sister) pergi rumah jiran dekat bawah (lorong rumah ell menurun ke bawah) dan ell senyap2 keluarkan skuter tu konon nak ikot along since ell tinggal berdua dengan along kat rumah. Ibu ayah dengan yang lain pergi tengok akak (my 3rd sister) dekat asrama kat tun aminah. At that time along tak tau yang ell nak ikot die so die pergi tinggalkan ell. Bila ell tengok along takde ell pun keluarkan skuter tu and mulakan perjalanan ke bawah (lebih kurang 50meter). Disebabkan struktur muka bumi lorong perumahan ell tu condong ke bawah so skuter tu bergerak laju tanpa perlu ell kayuh, so when dah dekat dengan rumah jiran tu ell pijak break tayar belakang sambil pusingkan handle ke kiri. Nak dijadikan cerita, sponge or getah or whatever yang sepatutnya balut handle skuter tu dah dicabut. Means handle tu 100% besi without cover. So bila ell pusingkan handle tu ell hilang body balance and jatuh ketepi. The most tragic thing ialah pipi kanan ell jatuh hempap handle yang berlubang tu and at the same thing along keluar dari rumah jiran tu and nampak ell jatuh sebab ell jatuh betul2 depan rumah jiran tu. Mula2 ell tak tau yang pipi ell dah koyak sebab seriously memang tak rasa. Bila along peluk ell and pipi ell kena baju dia, ell nampak darah yang sangat banyak! along pelok ell sepanjang jalan naik ke rumah balik. Sampai je rumah ell teros masuk bilik nak tengok cermin. Bila ell tengok cermin, then my voice exploded, ell tak ingat macam mana muka ell masa tu tapi ell ingat apa yang ell jerit. ALONG MUKA ADIK DAH TAK LAWAAAA!!!! then jiran2 semua meluru kat rumah. Along call ayah and jiran depan rumah ell bawak pegi klinik. masuk bilik surgeri tu ibu pun sampai. Ibu yang teman ell dalam bilik tu. Doktor tutup mata ell so that ell tak nampak segala jarum semua tu. Proses tu sangat lama ya sampai ell tidur and ell pun tak tau macam mana ell boleh tidur time kena jahit. Lepas siap jahit ell keluar dari bilik tu tengok semua family members ell ada termasuk mak and abah (ell panggil nenek and atuk ell mak abah) except ayah ell takde. Rupanya ayah dekat bilik sebelah. AYAH PENGSAN! ibu kata ayah pengsan bila nampak darah kat pipi ell yang dah warna hitam eeeuuuuuu. So pasal pipi ell ni ell dibius 6 kali sepanjang proses jahit. Ell kena 16 jahitan, 6 kat dalam 10 kat luar. Oh ye, pipi ell koyak bentuk bulat and terkeluar daging kat pipi. Doktor cakap nasib baik tak tembus sampai dalam mulut and tak berlubang sebab daging yang tinggal kat pipi ell kalau daging tu tercabut terus memang sangat nipis. erghhhhh! mengerikan guys. syukur alhamdulillah sangat benda macam tu tak jadi. so sepanjang pipi bengkak macam beguk tu ell demam panas melampau sampai kena masuk air. dugaan betul masa tu. parut? parut ni akan kekal seumur hidup. so nak kenal ell senang je, tengok pipi kalau ada bekas jahit bulat ell la tu hahaha. see u guys again!
ell.
about me!
Assalamualaikum and hi guys. My name is Siti Elya binti Hassan. Most known as Ell. Berumur 17 tahun 11 bulan 15 hari. Live in Johor Bahru. Dulu Ell pernah blogging but suddenly stop sebab... Entahlah. Tak tahu kenapa stop. Then password lupe. Well, orang melayu kan. So Ell blogging balik sebab tahap kebosanan yang sangat melampau dekat rumah tak buat pape. As you know Ell turning to 18 which means baru habis spm tahun lepas. Sebelum ni Ell kerja dekat hotel Granada as a houskeeping (maid). Mula2 pelik jugak sebab hotel tu amik budak bawah umur kerja FULL TIME. Then dah kerja barulah Ell tahu yang hotel tu cuma ada 6 orang staff permanent sahaja. 6 ORANG GUYS!!! yang lain semua practical. There are 9 floors. 192 rooms and only 6 permanent staff. Ell just tahan 2 bulan je then Ell cabut. Why? sebab kerja macam lembu but semua dia nak cut. Malas nak ceritalah buat sakit hati je. So sekarang duduk rumah jadi assistant ibu jaga anak2 sedara and anak asuh ibu which is lagi penat daripada kerja hotel. Oh tak lupa jugak kena jaga Mak Ngah (adik ibu) yang sakit. Ell ada 5 orang adik beradik. The first 3 are sisters then abang and the last one is me. Along, angah, akak, abang, adik. My akak oku. Kurang dengar. dia boleh dengar but KURANG. But honestly antara adik beradik dia yang paling cantik, putih and gemuk. Even dia gemuk tapi dia cantik (whatever). So tu la serba sedikit pasal Ell. Nothing interesting right?
ell.
Subscribe to:
Comments (Atom)