Thursday, 5 May 2016

Tips memilih course lepas SPM

    Assalamualaikum semua, hari ni Ell nak bagi advices dan juga pendapat khususnya pada adik-adik yang baru lepas SPM. Tergerak hati ni nak tulis pasal hal ni sebab Ell taknak apa yang jadi pada Ell terjadi pada korang pulak.

   Oleh kerana entri hari ni pasal adik-adik lepasan SPM, let me bahasakan diri sebagai akak lah ye. okay, akak percaya dan yakin yang sebelum adik-adik amik SPM lagi or maybe bila jejak form5 je adik-adik dah fikir dah nak mintak course apa bila apply upu or matriks or what so ever nanti kan? jangan tipu lah. I knew you did. Sebab akak pun macam tu haha. Excited bebeno nak tinggalkan zaman sekolah. Sampai kadang-kadang berangan bila masuh U nnt pakai cantik-cantik pegi kelas. Konon-konon busy dengan assignment. Haha believe me. I did that too. Pada akak, tak salah berangan dan tak salah kita fikirkan awal-awal course apa yang kita nak mohon nanti. In fact, lebih bagus kalau kita fikirkan awal sebab kita tahu apa yang kita nak and kita akan work for it. Usaha untuk layak mohon course yang kita nak tu.

   The most important thing dalam memilih course tu is MINAT. Minat tu sangat penting guys. Even kalau korang dah masuk U pun lecturer akan tekankan minat korang dalam belajar. Akak banyak kali dengar lecturer cakap pasal budak tu takde minat dalam apa yang dia belajar, budak ni main-main dalam lecture sebab takde minat. So, better korang tanya diri dulu, apa yang korang minat sebenarnya. Sebab tu, dari kecik kita kena ada cita-cita. its okay kalau masa tadika cita-cita kita nak jadi polis tapi bila dah besar kita nak jadi engineer. Sebab level pemikiran kanak-kanak berbeza apabila kita dah dewasa. Kanak-kanak hanya suka perkara yang dilihat depan mata dia sahaja tapi bila dah besar kita lebih memahami sesuatu kerjaya. 

   So, bila korang dah ada minat pada course tertentu, second thing to be considered is kebolehan korang. Contohnya masa sekolah kita aliran sastera, tapi korang minat nak amik course medic, so korang kena fikir, mampu ke korang bawak subject-subject dalam course tu. Same goes to them yang amik aliran sains tapi minat drawing. Make sure korang boleh melukis dengan sangat baik. biasanya course drawing and education ada interview. Means korang belum pasti lagi diterima atau tak. So ketahui tahap kebolehan korang. If korang aliran sains tapi nak amik art design contohnya, korang boleh melukis potret, sanggup berjaga malam then go. tapi kalau setakat minat course tu tapi lukis orang pun masih orang lidi better korang jangan pilih course tu.

   Thirdly is buat research tentang course yang korang nak pilih tu. If course tu ada interview, cari pengetahuan tentang apa yang ada dalam interview tu. Then cari subject-subject yang bakal korang belajar dalam course tu. Bila dah tahu, balik pada step kedua, fikir korang boleh bawak ke tidak. Kalau korang jenis yang nak amik risiko dan yakin korang boleh berusaha untuk bawak course tu, then go for it. Tapi kalau korang jenis amik tak kisah or was was then better jangan amik. Akak cakap berdasarkan pengalaman akak sendiri ye adik-adik. 

   Yang keempat, akak galakkan adik-adik mohon UPU selepas korang dapat result SPM korang. Sebab takut result korang tu tak memenuhi syarat-syarat untuk course yang korang pilih. Lain course lain syarat dia. Ingat tu okay. Lagi satu perkara penting yang akak kena tegur, benda ni biasa budak-budak sekolah buat. Korang suka ikut kawan. Bila kawan korang nak jadi engineer, korang pun nak jadi engineer. Bila kawan korang nak jadi interior designer, korang pun nak ikut bontot kawan korang. This is totally wrong. Jangan ikut kawan, unless korang memang berkongsi minat yang sama dengan kawan korang. Bukan minat sebab kawan ajak, bukan minat sebab kawan selalu cerita course ni best course ni bole buat duit bla bla bla. Stick with your own passion. 

   Last but not least, dalam borang UPU nanti, korang akan diberi 8 pilihan daripada pelbagai subjek dan pelbagai IPT. contohnya diploma rekabentuk dalaman-UITM/UIA/mana-mana lagi entah. So ada banyak universiti yang menawarkan course yang sama. Hati-hati dalam memilih. then, bila sampai pilihan ke 5 6 7 8 korang akan pilih apa yang korang minat out of educational. Contohnya course yang korang rasa korang takkan dapat sebab korang terlalu yakin salah satu daripada pilihan 1 2 3 4 tu korang akan dapat. This is very possible guys. Akak sendiri pun akhirnya terima tawaran yang akak mohon pilihan ke 8. KE-8 GUYSSSSSS!!! Frust menonggeng sampai tergolek-golek. Jadi, nasihat akak, jangan amik mudah tentang pemilihan korang. Jangan jadi macam akak. 

   Akak doakan korang dapat apa yang korang cita-citakan. Belajar rajin-rajin. Hidup alam IPT ni berbeza dengan alam sekolah. Lebih kerja, lebih penat, lebih masa, lebih semuanya. 1 je yang kurang. Kurang tidur. Kadang-kadang kurang makan tu normal. Semua tu normal. Lainlah yang dalam IPT dekat dengan rumah, tak payah susah pikir makan minum sewa rumah semua. Akak percaya korang tak sabar nak sambung belajar sebab nak rasa bebas dari family, boleh keluar bila-bila, balik bila-bila. Boleh nak buat semua tu. Tapi kena fikir mak ayah. Kalau rasa stress belajar, rasa malas nak belajar, rasa nak main-main je belajar, tanamkan dalam hati, kita belajar untuk buat mak ayah rasa bangga, untuk balas jasa diorang, untuk buat diorang tersenyum gembira dengan kita. Harapan mak ayah tinggi bila anak diorang belajar tinggi.   

Assalamualaikum.  

  

Friday, 18 December 2015

JANGAN PERCAYA BUYER +234!!!!

Minggu yang sgt2 malang dalam tahun ni. Ell hilang rm90 dalam 1 hari. Disebabkan itu je duit yg tinggal, untuk menampung hidup ni ell terpaksa jual laptop ell kat mudah. Esoknye bnyk no bermula dgn +234 whatsapp ell. So ell bls org yg paling awal dulu. Dia ckp dia dari sgpore and nak beli laptop utk cousin dia kat penang. Ell yg naif lg bebal ni pun percaya bulat2 kt dia. Dia mintak no acc and email sbb dia transfer duit online. So ptg tu dia ckp dia dah transfer dan tunggu email dari bank dia. Sk dpt email dari bank dia, email tu kata dia nak tracking number untuk dia verified dulu baru dia creditkan payment dalam acc ell. Ell mula sangsi sbb takot bank tak byr bila brg dah post. Tp ell fikirkan buyer tu ckp duit dia tak bole ambil balik lepas transfer, so ell jadi takot and pergi je la post laptop tu. Awalnya dia yg suruh post guna post laju tapi hari yg ell nak post tu tiba2 dia ckp dia nak guna skynet. Seboleh2 nak guna skynet. Ell lagi bertambah sangsi. Bila dah post tu bagi dia tracking number then tunggu bank bagi email lagi. Then esok pagi bank email dia kata limit international transfer rm2000 and buyer tu dah tambah lg rm750 (harga ell jual rm1250) and bank minta ell pulangkan rm750 dulu pada anak buyer tu guna Western Union baru rm2000 dikreditkan kat acc ell. Masa tu memang ell dah menangis sbb ell sedar ell memang kena tipu. Buyer ni pulak lakonan dia memang A. Kononnya dia dah cuba mcm2 nak kreditkan dulu rm2000 kat acc ell sbb dia tau ell takde duit tp bank tak boleh lepaskan dulu. Bila ell suruh cousin dia bank in kan rm750 tu kat dia, dia ckp cousin dia baru 15 tahun and ada kt malaysia sbb dlm school camp. Okay ini dah mengarut. Budak 15 tahun and dlm school camp perlukan laptop dari malaysia? Ell pun mulalah menggoogle kes2 tipu mcm ni and you know what?! Mmg ramai yg dah kena! Ell rasa diri ni bodoh sgt tak google dulu sebelum post.

+234 701 630 2394
Ni no penyangak tu

Credit.europe@ownplace.com
Ni email bank tu.

And ada lagi sebab2 yg penyangak tu terkantoi dgn ell, kalau ada antara korang yg nak tau lebih lanjut, email ell dan ell akan cerita apa yang penyangak tu terkantoi.

Sitielyahassan@gmail.com
Ni email ell.

Ell percaya yg ramai dah kena sebab ell ada bukti yang org lain pun dah terkena.

Melvin
No 14 tingkat 8 block D1
Bandar perai jaya 3
13600 seberang perai
Penang.
Ni alamat yang penyangak tu suruh ell post. Ell try upload screenshot tapi error so email la ell kalau nak tengok. Kebetulan en. Hubby ada pakcik dekat penang and dia seorang pokis. Dia try check email tu and dia ckp mmg email palsu dan suruh kami buat report. Bila check balik nombor tu dari nigeria, memang ell mencarut habis. Rasa diri ni tersangat bodoh dan bahlul.

So ell ingatkan lagi sekali, kalau nak post tu make sure buyer dah bank in duit and ade resit, check dalam acc dah ada duit ke belum. Paling selamat kalau COD. Kalau boleh jangan langsung jual kat warga asing. Sebab dorang akan pancing kita dengan harga yang kita tetapkan tanpa nego pun. Siap bagi lebih untuk postage. Cara dorang ckp nampak mcm sungguh2 nak barang kita tu. Tolong jgn percaya.

Thursday, 30 April 2015

Pengalaman diserang denggi

So as the title above, ell nak share pasal pengalaman ell kena denggi. Ell diserang denggi masa ell darjah 5. Mulanya ell demam biasa je dalam 2 hari then baik. Selang beberapa hari ell demam balik and this time agak teruk. Masa tu ell tengah exam akhir tahun. Masa demam tu selera makan memang tak ada langsung. Apa yang ell buat sepanjang hari ialah TIDUR, badan memang menggigil sentiasa sampai selimut bukan pakai comforter lagi tapi pakai tilam yang tebal dalam 5-6 inci. Masa yang paling ell tak suka ialah masa mandi. Nak pijak lantai bilik air pun rasa macam pijak ais. Bila air kena je kulit dia punya sejuk sampai rasa pedih. Nak berdiri tegak pun susah so ell mandi duduk. Memang seksa lah sepanjang demam tapi masa tu belum tahu lagi yang ell kena denggi sebab rashes tak ada. Tak ada merah2 langsung kat badan. Dalam 3 hari lepas tu ell agak kebah sikit and know what, ell pergi mandi manda kat wetworld batu pahat lagi. Balik je dari batu pahat ell terus menggigil balik. Sampai rumah ibu lumur badan ell dengan air batu. Masa tu rasa nak jerit je tapi takut jadi anak derhaka, so relakan je la. Malam tu ell rasa tapak tangan and tapak kaki gatal dan bisa sangat. Korang bayangkan la kalau gatal kat tapak tangan and tapak kaki. Nak garu geli. So malam2 buta ell panaskan air, tuang dalam basin, rendam tangan dgn kaki. Dalam setengah jam jugak ell berendam baru dapat tidur. Beberapa hari lepas tu ell dah kebah demam tiba2 badan ell penuh bintik2 merah. Malam tu jugak ayah bawak pegi hospital, amik darah, terus masuk wad. Disebabkan ramai sangat patient, wad sangat2 sesak. Ell ditempatkan kat katil betul2 kat laluan koridor. So ibu tak boleh jaga sebab situ laluan orang lalu lalang. pukul 12 lebih ibu ayah balik. Tinggal la ell sorang2. Sepanjang malam kat wad memang sentiasa nurse datang nak amik darah. Esoknya kena amik darah lagi, lepas tu pergi xray paru2. dalam pukul 12 doktor datang check and dia kata ell memang kena denggi tapi dah sihat. Cuma rashes tu keluar lambat, dah baik baru nak keluar. Then ell boleh keluar. So itulah pengalaman ell diserang denggi.
ell.

Friday, 24 April 2015

Pengalaman pertama kali dijahit

Hello semua. Hari ni ell nak share dengan korang pengalaman ell 1st time kena jahit. Its happened when i was 5. Masa tu tahun 2002 tak silap and memang tgh trend skuter yang tolak pakai kaki tu. So masa tu along (my 1st sister) pergi rumah jiran dekat bawah (lorong rumah ell menurun ke bawah) dan ell senyap2 keluarkan skuter tu konon nak ikot along since ell tinggal berdua dengan along kat rumah. Ibu ayah dengan yang lain pergi tengok akak (my 3rd sister) dekat asrama kat tun aminah. At that time along tak tau yang ell nak ikot die so die pergi tinggalkan ell. Bila ell tengok along takde ell pun keluarkan skuter tu and mulakan perjalanan ke bawah (lebih kurang 50meter). Disebabkan struktur muka bumi lorong perumahan ell tu condong ke bawah so skuter tu bergerak laju tanpa perlu ell kayuh, so when dah dekat dengan rumah jiran tu ell pijak break tayar belakang sambil pusingkan handle ke kiri. Nak dijadikan cerita, sponge or getah or whatever yang sepatutnya balut handle skuter tu dah dicabut. Means handle tu 100% besi without cover. So bila ell pusingkan handle tu ell hilang body balance and jatuh ketepi. The most tragic thing ialah pipi kanan ell jatuh hempap handle yang berlubang tu and at the same thing along keluar dari rumah jiran tu and nampak ell jatuh sebab ell jatuh betul2 depan rumah jiran tu. Mula2 ell tak tau yang pipi ell dah koyak sebab seriously memang tak rasa. Bila along peluk ell and pipi ell kena baju dia, ell nampak darah yang sangat banyak! along pelok ell sepanjang jalan naik ke rumah balik. Sampai je rumah ell teros masuk bilik nak tengok cermin. Bila ell tengok cermin, then my voice exploded, ell tak ingat macam mana muka ell masa tu tapi ell ingat apa yang ell jerit. ALONG MUKA ADIK DAH TAK LAWAAAA!!!! then jiran2 semua meluru kat rumah. Along call ayah and jiran depan rumah ell bawak pegi klinik. masuk bilik surgeri tu ibu pun sampai. Ibu yang teman ell dalam bilik tu. Doktor tutup mata ell so that ell tak nampak segala jarum semua tu. Proses tu sangat lama ya sampai ell tidur and ell pun tak tau macam mana ell boleh tidur time kena jahit. Lepas siap jahit ell keluar dari bilik tu tengok semua family members ell ada termasuk mak and abah (ell panggil nenek and atuk ell mak abah) except ayah ell takde. Rupanya ayah dekat bilik sebelah. AYAH PENGSAN! ibu kata ayah pengsan bila nampak darah kat pipi ell yang dah warna hitam eeeuuuuuu. So pasal pipi ell ni ell dibius 6 kali sepanjang proses jahit. Ell kena 16 jahitan, 6 kat dalam 10 kat luar. Oh ye, pipi ell koyak bentuk bulat and terkeluar daging kat pipi. Doktor cakap nasib baik tak tembus sampai dalam mulut and tak berlubang sebab daging yang tinggal kat pipi ell kalau daging tu tercabut terus memang sangat nipis. erghhhhh! mengerikan guys. syukur alhamdulillah sangat benda macam tu tak jadi. so sepanjang pipi bengkak macam beguk tu ell demam panas melampau sampai kena masuk air. dugaan betul masa tu. parut? parut ni akan kekal seumur hidup. so nak kenal ell senang je, tengok pipi kalau ada bekas jahit bulat ell la tu hahaha. see u guys again!
ell. 

about me!

Assalamualaikum and hi guys. My name is Siti Elya binti Hassan. Most known as Ell. Berumur 17 tahun 11 bulan 15 hari. Live in Johor Bahru. Dulu Ell pernah blogging but suddenly stop sebab... Entahlah. Tak tahu kenapa stop. Then password lupe. Well, orang melayu kan. So Ell blogging balik sebab tahap kebosanan yang sangat melampau dekat rumah tak buat pape. As you know Ell turning to 18 which means baru habis spm tahun lepas. Sebelum ni Ell kerja dekat hotel Granada as a houskeeping (maid). Mula2 pelik jugak sebab hotel tu amik budak bawah umur kerja FULL TIME. Then dah kerja barulah Ell tahu yang hotel tu cuma ada 6 orang staff permanent sahaja. 6 ORANG GUYS!!! yang lain semua practical. There are 9 floors. 192 rooms and only 6 permanent staff. Ell just tahan 2 bulan je then Ell cabut. Why? sebab kerja macam lembu but semua dia nak cut. Malas nak ceritalah buat sakit hati je. So sekarang duduk rumah jadi assistant ibu jaga anak2 sedara and anak asuh ibu which is lagi penat daripada kerja hotel. Oh tak lupa jugak kena jaga Mak Ngah (adik ibu) yang sakit. Ell ada 5 orang adik beradik. The first 3 are sisters then abang and the last one is me. Along, angah, akak, abang, adik. My akak oku. Kurang dengar. dia boleh dengar but KURANG. But honestly antara adik beradik dia yang paling cantik, putih and gemuk. Even dia gemuk tapi dia cantik (whatever). So tu la serba sedikit pasal Ell. Nothing interesting right? 

ell.