Thursday, 5 May 2016

Tips memilih course lepas SPM

    Assalamualaikum semua, hari ni Ell nak bagi advices dan juga pendapat khususnya pada adik-adik yang baru lepas SPM. Tergerak hati ni nak tulis pasal hal ni sebab Ell taknak apa yang jadi pada Ell terjadi pada korang pulak.

   Oleh kerana entri hari ni pasal adik-adik lepasan SPM, let me bahasakan diri sebagai akak lah ye. okay, akak percaya dan yakin yang sebelum adik-adik amik SPM lagi or maybe bila jejak form5 je adik-adik dah fikir dah nak mintak course apa bila apply upu or matriks or what so ever nanti kan? jangan tipu lah. I knew you did. Sebab akak pun macam tu haha. Excited bebeno nak tinggalkan zaman sekolah. Sampai kadang-kadang berangan bila masuh U nnt pakai cantik-cantik pegi kelas. Konon-konon busy dengan assignment. Haha believe me. I did that too. Pada akak, tak salah berangan dan tak salah kita fikirkan awal-awal course apa yang kita nak mohon nanti. In fact, lebih bagus kalau kita fikirkan awal sebab kita tahu apa yang kita nak and kita akan work for it. Usaha untuk layak mohon course yang kita nak tu.

   The most important thing dalam memilih course tu is MINAT. Minat tu sangat penting guys. Even kalau korang dah masuk U pun lecturer akan tekankan minat korang dalam belajar. Akak banyak kali dengar lecturer cakap pasal budak tu takde minat dalam apa yang dia belajar, budak ni main-main dalam lecture sebab takde minat. So, better korang tanya diri dulu, apa yang korang minat sebenarnya. Sebab tu, dari kecik kita kena ada cita-cita. its okay kalau masa tadika cita-cita kita nak jadi polis tapi bila dah besar kita nak jadi engineer. Sebab level pemikiran kanak-kanak berbeza apabila kita dah dewasa. Kanak-kanak hanya suka perkara yang dilihat depan mata dia sahaja tapi bila dah besar kita lebih memahami sesuatu kerjaya. 

   So, bila korang dah ada minat pada course tertentu, second thing to be considered is kebolehan korang. Contohnya masa sekolah kita aliran sastera, tapi korang minat nak amik course medic, so korang kena fikir, mampu ke korang bawak subject-subject dalam course tu. Same goes to them yang amik aliran sains tapi minat drawing. Make sure korang boleh melukis dengan sangat baik. biasanya course drawing and education ada interview. Means korang belum pasti lagi diterima atau tak. So ketahui tahap kebolehan korang. If korang aliran sains tapi nak amik art design contohnya, korang boleh melukis potret, sanggup berjaga malam then go. tapi kalau setakat minat course tu tapi lukis orang pun masih orang lidi better korang jangan pilih course tu.

   Thirdly is buat research tentang course yang korang nak pilih tu. If course tu ada interview, cari pengetahuan tentang apa yang ada dalam interview tu. Then cari subject-subject yang bakal korang belajar dalam course tu. Bila dah tahu, balik pada step kedua, fikir korang boleh bawak ke tidak. Kalau korang jenis yang nak amik risiko dan yakin korang boleh berusaha untuk bawak course tu, then go for it. Tapi kalau korang jenis amik tak kisah or was was then better jangan amik. Akak cakap berdasarkan pengalaman akak sendiri ye adik-adik. 

   Yang keempat, akak galakkan adik-adik mohon UPU selepas korang dapat result SPM korang. Sebab takut result korang tu tak memenuhi syarat-syarat untuk course yang korang pilih. Lain course lain syarat dia. Ingat tu okay. Lagi satu perkara penting yang akak kena tegur, benda ni biasa budak-budak sekolah buat. Korang suka ikut kawan. Bila kawan korang nak jadi engineer, korang pun nak jadi engineer. Bila kawan korang nak jadi interior designer, korang pun nak ikut bontot kawan korang. This is totally wrong. Jangan ikut kawan, unless korang memang berkongsi minat yang sama dengan kawan korang. Bukan minat sebab kawan ajak, bukan minat sebab kawan selalu cerita course ni best course ni bole buat duit bla bla bla. Stick with your own passion. 

   Last but not least, dalam borang UPU nanti, korang akan diberi 8 pilihan daripada pelbagai subjek dan pelbagai IPT. contohnya diploma rekabentuk dalaman-UITM/UIA/mana-mana lagi entah. So ada banyak universiti yang menawarkan course yang sama. Hati-hati dalam memilih. then, bila sampai pilihan ke 5 6 7 8 korang akan pilih apa yang korang minat out of educational. Contohnya course yang korang rasa korang takkan dapat sebab korang terlalu yakin salah satu daripada pilihan 1 2 3 4 tu korang akan dapat. This is very possible guys. Akak sendiri pun akhirnya terima tawaran yang akak mohon pilihan ke 8. KE-8 GUYSSSSSS!!! Frust menonggeng sampai tergolek-golek. Jadi, nasihat akak, jangan amik mudah tentang pemilihan korang. Jangan jadi macam akak. 

   Akak doakan korang dapat apa yang korang cita-citakan. Belajar rajin-rajin. Hidup alam IPT ni berbeza dengan alam sekolah. Lebih kerja, lebih penat, lebih masa, lebih semuanya. 1 je yang kurang. Kurang tidur. Kadang-kadang kurang makan tu normal. Semua tu normal. Lainlah yang dalam IPT dekat dengan rumah, tak payah susah pikir makan minum sewa rumah semua. Akak percaya korang tak sabar nak sambung belajar sebab nak rasa bebas dari family, boleh keluar bila-bila, balik bila-bila. Boleh nak buat semua tu. Tapi kena fikir mak ayah. Kalau rasa stress belajar, rasa malas nak belajar, rasa nak main-main je belajar, tanamkan dalam hati, kita belajar untuk buat mak ayah rasa bangga, untuk balas jasa diorang, untuk buat diorang tersenyum gembira dengan kita. Harapan mak ayah tinggi bila anak diorang belajar tinggi.   

Assalamualaikum.  

  

No comments:

Post a Comment